Tuesday, January 1, 2008

harapan di tahun baru.

hi 2008. :)

esok saya akan memulakan semester baru yg merupakan semester akhir saya di UiTM. saya juga tidak lagi tinggal di kolej. saya kini tinggal di rumah sewa bersama odie, izza, mock, sehah, effi, dan fana. what it's like? hehe belum tahu.

sempena tahun baru, semester baru, rumah baru dan apa-apa lagi yg baru, saya mahu menyenaraikan azam tahun baru saya beserta kemahuan-kemahuan saya di tahun ini.

azam:
1. mahu menjimatkan wang. perlu simpan sebanyak yang mungkin.
rasional: MARA tidak akan menyumbang lagi kepada saya mulai bulan Mei/Jun.
Tambahan pula, saya akan ke Phuket pada bulan Jun. *pening*
2. mahu bersungguh apabila melakukan sesuatu.
3. belajar dengan tekun. tidak banyak membuang masa. tidak mahu bertangguh.
*saya mahu first class. tolong*
4. belajar masak. hehe.
5. menjadi lebih rajin untuk melakukan kerja-kerja rumah.

kemahuan:
1. kamera digital yang baru! belum ada specific model. sedang survey sony & canon.
2. laptop baru? herm. mungkin kemahuan tahun 2009 lah ni. hehe.
3. nak pegi sunway lagoon.
4. nak pegi redang dengan dyen, dzue, efa, hopefully aliaa juga.
*bergantung kpd azam #1 di atas*
5. nak fly. *bergantung kpd azam #3 di atas*
6. nak pegi phuket dengan senang hati.
7. mp3 player baru! creative zen like the last one yg rosak pn ok.
8. nak jumpa pijan. :) *klu nk pegi sana jmp dia, bergantung kpd azam #1 juga*

maka dgn itu, itu lah azam dan kemahuan-kemahuan saya yang masih belum pasti. saya mengucapkan semoga berjaya kpd diri saya sendiri.

what about yours? :)

No comments: